Thursday, March 10, 2011

SPEAKER KARAOKE


SPEAKER KARAOKE
Ketika anda sedang bercadang untuk membeli speaker karaoke, ingatlah ini, Tidak semua speaker adalah sesuai untuk karaoke.
Itulah sebabnya anda perlukan speaker yang dibina khas untuk karaoke.
Sebenarnya ada perbezaan besar antara speaker untuk dirumah  atau untuk muzik dan karaoke. Speaker karaoke adalah dibina khas untuk menangani dan menyedapkan suara anda. Speaker yang lebih ‘tradisional’ adalah direka untuk muzik dan ini akan menyebabkan ‘feedback’ kerana speaker ‘tradisional’ tidak dicipta untuk vocal.
Selain itu, speaker karaoke dibuat dengan kawalan untuk mengendalikan ‘feedback’ sehingga muzik tidak membanjiri suara penyanyi. Speaker karaoke mempunyai ‘subwoofer’ untuk frekuensi rendah dan ‘tweeter’ untuk suara tinggi dan ini akan menghasilkan suara yang jelas dan ‘basah’.
Ketika ingin membeli speaker karaoke ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira. Pertama anda perlu mencari speaker yang baik kualitinya. Tidak semestinya mahal.
Cirri-ciri yang harus dimiliki oleh speaker karaoke:
Ciri-ciri mengawal ‘feedback’. ‘Tweeter’ yang tidak akan terganggu oleh suara tinggi penyanyi dan menjadikan suara penyanyi jelas dan tajam tanpa ‘distortion’. Sebuah speaker monitor juga diperlukan untuk penyanyi mendengar  suara mereka. Tepat ‘output’nya (diukur dalam watt) supaya speaker boleh mengendalikan apa jua yang sedang dihantar oleh amplifier. Beberapa jenis speaker ada yang dibina siap dengan mixer dan amplifier. System seperti ini sangat membantu dan selesa untuk mereka yang bukan professional atau untuk yang sukakan kesederhanaan.
Pertimbangan lain apabila membeli speaker adalah pertimbangkan persekitaran dimana ia akan digunakan. Jika akan digunakan dirumah, anda boleh pergi dengan system yang lebih kecil. Tapi kalau speaker untuk dalam kelab atau tempat lapang anda perlukan lebih kekuatan watt supaya suara anda tidak akan pecah.

1 comments:

Unknown said...

hai saya nk taye..sye nk bli speaker karaoke jenama ricson..speaker+amplifier++percuma mic rm800.. dh test sound yer sedap didengar..jd ok x jenama ni?

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost