Showing posts with label karaoke system. Show all posts
Showing posts with label karaoke system. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

Behringer Portable PA System EUROPORT EPA300



Mencari satu sistem PA supremely mudah alih? EPA300 baru dari BEHRINGER memasangnya dalam masa kurang dari lima minit dan mengeluarkan bunyi jitu, ketetapan prestasi tinggi. Dengan amplifier kembar 150-Watt dan custom designed, 2-way loudspeaker, EPA300 boleh mengisi bilik bersaiz kecil hingga sederhana atau menonjolkan suara anda untuk jarak yang luar biasa.

Semua aksesori disatukan didalam satu pek mudahalih, mudah untuk membawa dan memasangnya, berita baik, anda tidak perlu untuk menjadi seorang sound engineer untuk mengendalikannya!

Bunyi Berkualiti Yang Superb.
Oleh kerana Behringer sudah menghasilkan banyak audio mixer yang terbaik, maka tidak terkejut jika EPA300 menyediakan bunyi yang lebih hebat berbanding model lain dalam kelasnya. 2 speaker yang direka dengan wofer 8 inci dan 1.35 inci aluminium diaphragm compression drivers untuk ketetapan yang luar biasa dan bunyi yang jelas, anda mungkin tidak menyangka ianya datang dari sistem loudspeaker yang kecil. 

Kawalan Freak.....
Channel 1-2 ciri Invisible Mic Preamps (IMP) yang berkualiti tinggi yang telah diuji kerana kejernihannya. Level control disediakan dengan LED, jadi anda boleh tetapkan peringkat isyarat yang sempurna. Ia juga disediakan dengan satu suis Pad apabila anda berdepan dengan tahap 'panas' dari tahap input biasa.
Phantom Power juga tersedia jadi anda boleh menggunakan grade-studio condenser mic.Semua sistem dikendalikan oleh 5 band stereo grafik EQ dan keutamaan FBQ yang akan membantu anda memjejak dan menghapuskan bunyi nyaring mic yang menjengkelkan. 
Disamping itu setiap saluran input mempunyai 2 jalur EQ (bass dan treble), Balance (membenarkan anda meletakkan signal dimana saja anda mahu dalam imej stereo) dan Effect level control. Adalah penting untuk diketahui bahwa sementara beberapa pesaing hanya menyediakan satu suis reverb, EPA300 menyediakan tahap kawalan FX, satu saluran dengan 100 state-of-heart 24-bit digital FX untuk pilihan anda. FX boleh off/on melalui mana-mana footswitch standarad. (not included).

Bercakap tentang FX......
Jika anda sedang berucap, mungkin anda tak perlukannya, tetapi jika anda memainkan alat muzik atau/dan menyanyi, anda mungkin ingin menambahkan sedikit effect. Jadi EPA300 tersedia dengan 24-bit stereo FX processor dengan 100 preset bunyi termasuk reverb, chorus, flanger, delay, pitch shifter dan pelbagai variasi effect untuk 'memaniskan' persembahan anda. Atau jika anda ingin menyanyi sambil merakam suara, Voice Canceller boleh membuang semua vokal dari track yang dimainkan semula melalui channel 5/6  dengan satu switch yang mudah.

RM2353.00

Thursday, March 10, 2011

SPEAKER KARAOKE


SPEAKER KARAOKE
Ketika anda sedang bercadang untuk membeli speaker karaoke, ingatlah ini, Tidak semua speaker adalah sesuai untuk karaoke.
Itulah sebabnya anda perlukan speaker yang dibina khas untuk karaoke.
Sebenarnya ada perbezaan besar antara speaker untuk dirumah  atau untuk muzik dan karaoke. Speaker karaoke adalah dibina khas untuk menangani dan menyedapkan suara anda. Speaker yang lebih ‘tradisional’ adalah direka untuk muzik dan ini akan menyebabkan ‘feedback’ kerana speaker ‘tradisional’ tidak dicipta untuk vocal.
Selain itu, speaker karaoke dibuat dengan kawalan untuk mengendalikan ‘feedback’ sehingga muzik tidak membanjiri suara penyanyi. Speaker karaoke mempunyai ‘subwoofer’ untuk frekuensi rendah dan ‘tweeter’ untuk suara tinggi dan ini akan menghasilkan suara yang jelas dan ‘basah’.
Ketika ingin membeli speaker karaoke ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira. Pertama anda perlu mencari speaker yang baik kualitinya. Tidak semestinya mahal.
Cirri-ciri yang harus dimiliki oleh speaker karaoke:
Ciri-ciri mengawal ‘feedback’. ‘Tweeter’ yang tidak akan terganggu oleh suara tinggi penyanyi dan menjadikan suara penyanyi jelas dan tajam tanpa ‘distortion’. Sebuah speaker monitor juga diperlukan untuk penyanyi mendengar  suara mereka. Tepat ‘output’nya (diukur dalam watt) supaya speaker boleh mengendalikan apa jua yang sedang dihantar oleh amplifier. Beberapa jenis speaker ada yang dibina siap dengan mixer dan amplifier. System seperti ini sangat membantu dan selesa untuk mereka yang bukan professional atau untuk yang sukakan kesederhanaan.
Pertimbangan lain apabila membeli speaker adalah pertimbangkan persekitaran dimana ia akan digunakan. Jika akan digunakan dirumah, anda boleh pergi dengan system yang lebih kecil. Tapi kalau speaker untuk dalam kelab atau tempat lapang anda perlukan lebih kekuatan watt supaya suara anda tidak akan pecah.

Thursday, January 13, 2011

MERANGKAI SISTEM KARAOKE YANG BAIK Part 1

Kalau mahu membangunkan sebuah sistem karaoke langkah yang utama adalah pemilihan alat atau komponen. kita boleh mencari dikedai2 yang menjual peralatan karaoke atau ode aje kat internet.
kalau semua komponen telah diperolehi mka bolehlah kita ke langhkah yang seterusnya.
Biasanya kalau kita beli satu set karaoke kat satu kedai yang sama maka tuan kedai akan ada service untuk pasangkan sekali, kita tak payah pening kepala, yang kita tahu hanya siapkan duitnya je la. masaalahnya kalau kita beli komponen dari kedai yang berasingan. jarang ada kedai yang mahu buat pemasangan kalau cara ini. So jangan bimbang pada artikal yang mendatang akan saya terangkan cara memasangnya. nak kena keluar kejap cari makan. Urusan dapor mesti didulukan.

Sunday, December 12, 2010

Memperbaiki Nyanyian Anda Dengan Karaoke System

Jika anda membaca artikel ini pastikan anda bukanlah seorang penyanyi professional, tetapi mungkin anda menjadikan nyanyian sebagai hobi. Ada ramai yang suka menyanyi dan minat ini bermula hanya dengan menyanyi dalam bilik mandi. Ramai yang menjadi penyanyi amatur yang menyanyi hanya untuk suka-suka atau berseronok, dan ada juga yang menyanyi untuk menhiburkan diri-sendiri. Menyanyi adalah aktiviti yang menyeronokkan dan boleh dikongsi bersama rakan-rakan atas nama muzik. Jika anda ingin memperbaiki mutu nyanyian anda tidaklah terlalu sukar kerana kuncinya adalah LATIHAN. Tak kira berapa besar talent yang anda ada, jika anda berlatih selalu anda akan menjadi lebih baik.

Ada beberapa program diluar sana yang boleh membantu melatih  suara anda lebih baik dan menjadikannya lebih strong. Ketahuilah yang program ini mudah untuk didownload ke komputer anda tetapi memerlukan usaha yang tinggi untuk diikuti. Ada terdapat beberapa program seperti Singorama yang mengandungi beberapa siri DVD dan CD yang memerlukan banyak masa untuk dipelajari. Tetapi ia telah disusun dengan langkah-langkah yang mudah diikuti dan menjadikan ianya satu kerja mudah.

Satu cara lain untuk memperbaiki nyanyian anda adalah dengan membeli satu set Home Karaoke . Ini adalah satu pelaburan yang bagus kerana anda dapat merasakan bagaimana menyanyi dengan menggunakan microphone dan speaker system, ia merupakan pengalaman yang sangat berbeza berbanding anda menyanyi tanpa Home Karaoke Set. Dengan sytem karaoke yang baik anda boleh berlatih menyanyi bila-bila masa saja didalam rumah anda tanpa gangguan. Terdapat juga program yang anda boleh download ke komputer anda dan menjadikan komputer anda satu karaoke machine peribadi. Dari situ anda boleh download seberapa banyak lagu yang anda mahu dan mula menyanyi. Perlu diingat, memperbaiki nyanyian anda tidak selalunya mudah tetapi jika anda boleh mencari masa untuk berlatih setiap hari anda akan mendapat keputusan yang memberansangkan mungkin hanya dalam beberapa bulan. SELAMAT BERJAYA….

Karaoke – Bagaimana Memilih Satu Yang Sesuai Untuk Anda

Karaoke telah menjadi alat yang sangat popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kalau kenduri kahwin takde karaoke maka sunyi sepilah majlis tu. Karaoke juga boleh meningkatkan tahap keyakinan diri seseorang. Aku  sendiri punya pengalaman tentang karaoke ni. Ya, ia boleh menambahkan lagi kemeriahan sesuatu majlis dan ia juga seperti jantung sesuatu majlis. Apapun, bagaimana anda tahu Karaoke Player yang mana sesuai untuk anda?

Sebagai contoh: aku  ada pengalaman yang seronok dan menakutkan tentang karaoke ni. Aku  biasanya kalau ada kenduri kahwin maka aku datang untuk membantu tuan rumah menjayakan majlis. So kalau sebelah malam biasanya ada DJ dan karaoke. Pada mulanya aku hanya akan duduk disatu dan hanya akan memerhatikan orang-orang yang berkaroke. Aku  pernah bertanya pada seorang teman ”macamana rasa nyanyi kat depan ramai orang? Tak rasa malu ke? ”. Sambil tersenyum dia berkata, ”ianya seronok.” tapi bukan mudah aku menerima jawapannya itu. Apapun kalau ada kenduri kahwin dan karaoke aku tetap akan menontonnya.

Pada satu kenduri kahwin masa tu sebelah malam, sedang abang DJ sibuk setting karaoke aku pun datang dekat. Abang dj tu pun test la mic tu . satu dua percubaan, lepas tu dia suruh aku ambik satu mic dan test sebut satu dua percubaan sementara dia adjust apa yang patut. Lepas tu dia pasang satu lagu pulak dan suruh aku nyanyi. Best plak. Barulah aku sedar yang selama ini aku rasa takut-takut. Barulah aku faham akan maksud kata kawan aku dulu. Tak kiralah anda pandai nyanyi ke tidak , anda belasah je.....untuk seronok-seronok.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost