Showing posts with label vocal lessons. Show all posts
Showing posts with label vocal lessons. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Teknik Menyanyi Dengan Betul.


Menyanyi merupakan satu aktiviti yang digemari ramai, bukan sahaja dikalangan anak-anak muda malah ianya juga digemari oleh para belia,pakcik-makcik dan ada juga golongan yangg sudah berumur.

Sejak dari dulu lagi banyak pertandingan pertandingan nyanyian yang dianjurkan, antara yang popular adalah seperti Bintang RTM, Bintang Radio, Bintang Asli, Bintang HMI dsb, dan kini format realiti menguasai pertandingan pertandingan nyanyian seperti Akademi Fantasia(AF), One In A Million, Gangstarz, Mentor dan beberapa lagi. Sambutan terhadap rancangan-rancangan nyanyian berbentuk realiti ini amat memberangsangkan dan stesen stesen televisyen telah mengaut untung yang agak besar hasil dari undian sms dari penonton.

Berdasarkan pada fenomena AF3 dimana Mawi menjuarai AF musim tersebut, sebanyak hampir RM13 juta ringgit telah berjaya dikutip hasil dari undian sms penonton sahaja.

Tidak dinafikan yang penonton kita memang menggemari nyanyian. Pun begitu masih banyak kekurangan pada kualiti penyanyi-penyanyi yang mengambil bahagian, yang bagus boleh dikira dengan jari.

Ini terjadi kerana mungkin pendedahan yang kurang terhadap ilmu nyanyian. Ramai yang boleh menyanyi namun tak ramai yang tahu teknik sebenar cara menyanyi dengan betul.

"Fakta: Semua Orang Boleh Menyanyi"
Ini mungkin mengejutkan ramai orang dan juga menggembirakan ramai orang. Kini dengan sedikit kesungguhan dan disiplin dalam mendalami ilmu nyanyian anda sudah boleh menyanyi. Ini diakui oleh ramai guru-guru vokal diserata dunia

Buat pertama kali di Malaysia seorang bekas penyanyi tanahair hari ini tampil dengan menyediakan satu kompilasi teknik-teknik serta tips-tips nyanyian kepada umum dengan menulis sebuah ebook berjudul Rahsia Vokal. Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Zarul Umbrella, bekas penyanyi kumpulan pop 90an yang pernah popular dengan lagu Ramalan Ku Benar Belaka dan Bukalah Hatimu. Beliau telah membentangkan segala rahsia serta teknik nayanyian yang betul yang pernah diguna pakai oleh beliau sendiri semasa menjadi penyanyi pro suatu ketika dahulu.

Apa yang menarik tentang ebook ini? Mungkin inilah yang anda fikirkan sekarang bukan? Baiklah mari saya terangkan.

Berikut adalah beberapa tips serta teknik nyanyian yang terdapat dalam ebook ini:-

# Bagaimana dengan latihan pernafasan yang betul mampu memberikan anda satu kuasa pernafasan yang hebat ketika menyanyi.
# Bagaimana dengan latihan pernafasan menggunakan teknik “SSSS”, mampu melatih pernafasan bagi pelbagai rentak serta nada lagu.
# Bagaimana untuk melakukan pernafasan ketika menyanyi, jika salah meletakkan nafas, nyanyian mudah menjadi sumbang dan anda mudah termengah.
# Bagaimana mengelak diri dari mengalami kecederaan suara. Jika berlaku anda terpaksa berehat lama sehingga anda pulih. (itu pun jika boleh pulih)
# Bagaimana menggunakan otot-otot yang berkaitan sahaja bagi mengeluarkan suara yang berdaya tinggi tanpa memberi tekanan kepada otot-otot yang yang lain.

...dan banyak lagi tip tip yang menarik untuk dibaca dan dipraktikkan.

Jadi jika anda merupakan peminat karaoke, selalu memasuki pertandingan nyanyian atau mungkin anda bercita cita untuk mengasah bakat anda menjadi superstar ini lah masanya untuk anda mengambil peluang ini sementara ianya dipasaran dengan memiliki ebook unik ini.
Anda boleh melawat laman web ini untuk mendapatkan salinan ebook anda
www.rahsiavokal.com

Monday, March 14, 2011

BAGAIMANA NAK IMPROVE NYANYIAN ANDA part 2


BAGAIMANA NAK IMPROVE NYANYIAN ANDA part 2
Kalau anda terlepas baca yang part 1 klik kat sini. Hari ni kita sambung ape yang kita nak sambung ari tu, tapi dah buat ke apa yang disarankan kat part 1 dulu?
Ok kita sambung ye....
1. Bernafas menggunakan diaphragm anda. Penuhkan paru-paru anda dengan udara sebanyak yang mungkin. Rasa tak kat kawasan bawah rangka rusuk anda? Itulah diaphragm anda dan anda harus meregangkannya untuk membawa masuk lebih banyak udara. Tarik nafas dengan kiraan 4. Tahan nafas dengan kiraan 4 dan lepaskannya dengan kiraan 8. Kira tu pelan-pelan jangan laju-laju. Buatkan ia sebagai satu warn up sebelum anda menyanyi. Kemudian nyanyi la, biarkan diaphragm anda mengawal udara yang keluar-masuk.


2. Biarkan lelangit lembut anda, benda yang ada kat bahagian atas mulut anda kat depan anak tekak tu, (nampak tak?) terbuka semasa anda menyanyi. Macam anda menguap, kan mulut anda terbuka luas. Ini akan membentuk ruang yang luas untuk udara keluar dari tekak anda. Suara anda pun lebih jelas dan lebih bermelodi. Bayangkan anda menguap, kemudian buat latihan supaya anda nyanyi lebih membuka ruang ini.


3. Yang ini cukup senang. Buka mulut anda ketika anda menyanyi. "Jangan kepit", kata kawan saya seorang bekas penyanyi. 


Satu lagi cara adalah anda rakam suara anda ketika menyanyi. anda dapat dengar camna bunyi suara anda. Kemudian pilih part mana yang anda kena improve. Atau anda boleh tekan satu jari anda ke anak telinga (sebelah telinga je) ketika anda menyanyi.
Cukup lah dulu. Tunggu part 3 nanti ye......

Sunday, March 13, 2011

BAGAIMANA NAK IMPROVE NYANYIAN ANDA part 1


BAGAIMANA NAK IMPROVE NYANYIAN ANDA part 1
Adakah anda akan memasuki pertandingan karaoke ditempat anda?atau mungkin anda dah cuba nyanyi lagu karaoke dan anda dapati nyanyian anda akan lebih bagus jika anda dapat improvekan lagi nyanyian anda?
Berita baik! Semua orang boleh nyanyi karaoke seperti seorang penyanyi pro! Apa yang anda perlukan hanyalah kesabaran, latihan dan beberapa perkara asas dan tip untuk menyerlahkan bintang yang terdapat dalam diri anda. 
Pertamanya anda perlu berlatih, berlatih dan berlatih sedikit lagi. Ingat pepatah omputih 'practise makes perfect'. Nyanyilah dimana saja anda berada. Nyanyi semua jenis lagu. Dangdut, jazz, r&b, zapin, rock, ape-ape ajelah.  yang lebih sedap kalau nyanyi kat dalam bilik mandi! Anda akan dapat echo yang baik dan segala kelembapan yang ada diruang udara akan membuatkan suara anda jadi sedap. Onkan radio dan nyanyilah seiring lagu yang anda dengar kemana saja anda memandu. Nak bersihkan rumah atau stor? Nyanyilah apa-apa lagu ketika anda membersih. Nyanyilah ketika anda sedang memasak,membasuh pinggan dsb. Anda akan terperanjat bila mendapati suara anda akan improve dan bunyinya akan lebih matang. 
Satu lagi cara adalah anda perlulah ada set karaoke sendiri kat umah dan berlatih ketika anda sedang membuat kerja-kerja rumah.
Nyanyian anda juga boleh improve jika anda dapat beberapa tip professional. Sebenarnya anda perlulah create satu tempat kat dalam badan anda supaya lagu yang anda nyanyikan akan flow secara semulajadi keluar dari mulut anda. Apa? Camna nak buat? Sebenarnya ada 3 teknik asas. Dengan menggunakan teknik ini akan membuatkan suara anda lebih bertenaga tanpa anda merasa perit nak capai note, anda akan boleh capai note yang lebih banyak, dan anda tak akan kehabisan nafas dengan cepat. Teknik itu adalah.........
tunggu dalam keluaran akan datang....sabo ye

Tuesday, March 8, 2011

Singing Tips - Vocal Exercises - How to do Lip Rolls

Monday, February 28, 2011

Beginners Lessons - Vocal Lessons

Friday, February 25, 2011

Voice Lessons & Tips: Brett Manning - Top 3 Vocal Exercises

Wednesday, January 19, 2011

Voice Lessons - Brett Manning - Whistle Voice

6 Octave Vocal Demonstration - Brett Manning

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost