Thursday, June 13, 2013

Jowo Tetap Jowo

Pernah dengar lagu Kondangan yang dipopularkan oleh Kumpulan Nur Saadah Sijangkang? Lagu itu kini telah dilakukan muzik arrangement yang baru dan bunyinya lebih clear dan segar. Lagu ini terkandung dalam album baru Oma Scorr yang berjudul "Jowo Tetap Jowo".
Antara lagu lain yang terkandung dalan album ini ialah Tombo Loro (Lagu: Wakron Lirik: Oma/Mohd. Khir), Kepriye (Wakron/Enora), Siti Nairah (Wakron/Oma), Methi Methi (Renggo Arrow/Oma Scorr), Ubi (Wakron/Mohd. Khir/Hidanah), Jowo Tetap Jowo (Zaizam/Damar Wulan), Gor Kuwe Dewe (Zan Hamid/John Sting), Sakbenere (Wan Screen/Redha Warisan/Hidanah) dan Batir (Wakron/Wan Screen/Yuyu Alias). Terdapat 2 lagu bonus iaitu Kondangan Instrumental dan Kondangan Karaoke.
Album ini diterbitkan oleh Warisan Sound Publishing kepunyaan Mohd. Khair Johari. Saya tidak sangka yang album ini menampilkan kelainan dalam lagu jawa. Bila saja sebut lagu jawa anda mungkin terbayang gendang, serunai, gamelan dan sebagainya. Tetapi dalam album ini lagu jawa telah dibawakan dalan rentak raggae, pop, jazz (jazz tu bro).

Untuk dapatkan album ini boleh berhubung dengan Oma Scorr di 012-6547375 dan Pak Su Shukor di 017-6709534

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost