Sunday, June 2, 2013

Rock Brader - Juara Kilauan Emas 3

Mior Yazid b. Ahmad atau lebih dikenali sebagai MIOR telah diumumkan sebagai JUARA Kilauan Emas 3. Mior membawa pulang sebuah kereta Nissan Grand Livina X-Gear dan wang tunai RM50,000. Selain daripada itu, Mior juga memenangi Anugerah Khas Juri bernilai RM5,000. Naib Juara yang membawa pulang RM30,000 telah dimenangi oleh Idris manakala Silah mendapat tempat ketiga membawa pulang RM15,000. Selain itu, Anugerah Khas Personaliti Polident telah diberikan kepada ROS membawa pulang wang tunai RM10,000.

Dalam Konsert Akhir Kilauan Emas 3 ini, kesemua finalis dikehendaki menyampaikan 2 buah lagu. Salah satu daripada tugasan tersebut merupakan lagu baru yang sebahagian besarnya dicipta oleh Sri Wirama Adnan Abu Hassan. Selain itu, pelabagai kejutan diberikan ketika finalis-finalis membuat persembahan mereka seperti rakan-rakan Idris yang terdiri daripada anggota Seri Hulubalang 9 dan anak-anak Mior yang naik ke pentas.

Persembahan-persembahan Konsert Akhir Kilauan Emas 3 telah diiringi oleh pemuzik-pemuzik di bawah bimbingan Juri Tetap Kilauan Emas 3 sendiri iaitu Dato' Hj. Ramli MS. Ini tidak bermakna beliau tidak memberikan komen. Walaupun berada di atas pentas, komen dan ulasan persembahan tetap diberikan oleh beliau sendiri. Juri Jemputan untuk Konsert Akhir Kilauan Emas 3 ini pula adalah penyanyi evergreen, Dato' Shake.

Turut membuat persembahan di malam yang penuh gilang gemilang ini adalah bekas-bekas Juara Kilauan Emas musim pertama dan kedua, juri tetap, Ziana Zain dan penampilan khas Anzalna dan Faizal Hussien menyampaikan anugerah "Overacting" yang dimenangi oleh Alina.

Berikut adalah kedudukan selepas undian SMS ditutup:

1. MIOR - 29.5%
2. IDRIS - 26.4%
3. SILAH - 22.9%
4. ALINA - 21.2%

Tahniah kepada semua pemanang Kilauan Emas 3. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang telah menonton, menyokong dan mengundi peserta-peserta Kilauan Emas 3. Sememangnya Otai Masih Berbisa!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost