Monday, December 13, 2010

Untuk Set Up Home Karaoke System: Ini Apa Yang Anda Perlu Beli

Tiada yang lebih baik dari memiliki satu set system Home Karaoke untuk meningkatkan skill nyanyian anda atau menjadikan sesuatu majlis itu lebih meriah dan bertenaga. Jika anda ada set karaoke anda sendiri di rumah tak perlulah keluar ke pusat karaoke dan  anda mengeluarkan duit untuk menyanyi. Ia adalah cara yang baik untuk kita berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan dan bertanding menyanyi .

Untuk anda set up system karaoke, anda perlulah membeli komponen seperti berikut;
1.      Multi-format Karaoke Disk Player

















Ini adalah lebih baik dari cd player yang hanya boleh main hanya dalam format CDG. Anda tentu ingin player anda boleh main DVD, VCD dan format Mp3. satu perkara lagi yang anda perlu adalah tentang cirri-ciri key control, cari yang anda mudah untuk play dan mudah untuk anda menukar lagu. Jangan cari yang anda tak faham tentang ciri-cirinya kerana kemungkinan besar anda tak akan menggunakanya.

2.    Micrphone



Pastikan anda membeli sepasang microphone kerana adakalanya anda ingin menyanyi berduet. Mana yang lebih baik? Mic wireless ke mic wired? Itu terpulang pada anda kerana kedua-duanya ada keburukan dan kebaikannya. Anda tak perlulah membeli mic yang punya ciri-ciri ajaib. Cukup sekadar ia  punya audio pick up yang baik dan boleh menangani range suara rendah dan tinggi. Itu sudah memadai.




3.     Monitor

Apa-apa jenis flat screen tv boleh digunakan sebagai monitor. Lebih besar flat screen tv anda lebih bagus supaya anda tidak tersalah baca lirik lagu nanti.

4.  Heavy Duty Stereo Speaker



Tidak semua speaker direka untuk home karaoke. Karaoke speaker harus mampu menjadikan suara anda seperti penyanyi professional dan tidak menjadikan suara anda bergema. Anda harus memilih speaker dengan berhatu-hati kerana tidak semua speaker akan mengeluarkan bunyi yang baik apabila anda meninggikan volumenya.

5.   Mixer/amplifier

Tak perlulah anda membeli mixer yang ada banyak punat-punat yang anda sendiri tak tahu nak guna. Itu untuk rakaman boleh la.  Cukuplah sekadar mixer yang berkualiti yang boleh control channel dan ada grafik equalizer.

6.    Muzik

Apa gunanya karaoke jika tanpa muzik? Maka anda bolehlah ke kedai CD untuk memilih muzik karaoke kegemaran anda. Jangan pilih yang pirate. Selamat berkaraoke.


3 comments:

eidda said...

agak2 kat mana mau beli set karaoke yg sederhana kualitinya. Terima kasih/

Unknown said...

Thanks for this information, now I know how to set up Karaoke system that is for sale.

Mat gersang said...

Darson jakan pasar pudu kl

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost