Showing posts with label NYANYI. Show all posts
Showing posts with label NYANYI. Show all posts

Sunday, June 2, 2013

Rock Brader - Juara Kilauan Emas 3

Mior Yazid b. Ahmad atau lebih dikenali sebagai MIOR telah diumumkan sebagai JUARA Kilauan Emas 3. Mior membawa pulang sebuah kereta Nissan Grand Livina X-Gear dan wang tunai RM50,000. Selain daripada itu, Mior juga memenangi Anugerah Khas Juri bernilai RM5,000. Naib Juara yang membawa pulang RM30,000 telah dimenangi oleh Idris manakala Silah mendapat tempat ketiga membawa pulang RM15,000. Selain itu, Anugerah Khas Personaliti Polident telah diberikan kepada ROS membawa pulang wang tunai RM10,000.

Dalam Konsert Akhir Kilauan Emas 3 ini, kesemua finalis dikehendaki menyampaikan 2 buah lagu. Salah satu daripada tugasan tersebut merupakan lagu baru yang sebahagian besarnya dicipta oleh Sri Wirama Adnan Abu Hassan. Selain itu, pelabagai kejutan diberikan ketika finalis-finalis membuat persembahan mereka seperti rakan-rakan Idris yang terdiri daripada anggota Seri Hulubalang 9 dan anak-anak Mior yang naik ke pentas.

Persembahan-persembahan Konsert Akhir Kilauan Emas 3 telah diiringi oleh pemuzik-pemuzik di bawah bimbingan Juri Tetap Kilauan Emas 3 sendiri iaitu Dato' Hj. Ramli MS. Ini tidak bermakna beliau tidak memberikan komen. Walaupun berada di atas pentas, komen dan ulasan persembahan tetap diberikan oleh beliau sendiri. Juri Jemputan untuk Konsert Akhir Kilauan Emas 3 ini pula adalah penyanyi evergreen, Dato' Shake.

Turut membuat persembahan di malam yang penuh gilang gemilang ini adalah bekas-bekas Juara Kilauan Emas musim pertama dan kedua, juri tetap, Ziana Zain dan penampilan khas Anzalna dan Faizal Hussien menyampaikan anugerah "Overacting" yang dimenangi oleh Alina.

Berikut adalah kedudukan selepas undian SMS ditutup:

1. MIOR - 29.5%
2. IDRIS - 26.4%
3. SILAH - 22.9%
4. ALINA - 21.2%

Tahniah kepada semua pemanang Kilauan Emas 3. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang telah menonton, menyokong dan mengundi peserta-peserta Kilauan Emas 3. Sememangnya Otai Masih Berbisa!

Monday, March 14, 2011

BAGAIMANA NAK IMPROVE NYANYIAN ANDA part 2


BAGAIMANA NAK IMPROVE NYANYIAN ANDA part 2
Kalau anda terlepas baca yang part 1 klik kat sini. Hari ni kita sambung ape yang kita nak sambung ari tu, tapi dah buat ke apa yang disarankan kat part 1 dulu?
Ok kita sambung ye....
1. Bernafas menggunakan diaphragm anda. Penuhkan paru-paru anda dengan udara sebanyak yang mungkin. Rasa tak kat kawasan bawah rangka rusuk anda? Itulah diaphragm anda dan anda harus meregangkannya untuk membawa masuk lebih banyak udara. Tarik nafas dengan kiraan 4. Tahan nafas dengan kiraan 4 dan lepaskannya dengan kiraan 8. Kira tu pelan-pelan jangan laju-laju. Buatkan ia sebagai satu warn up sebelum anda menyanyi. Kemudian nyanyi la, biarkan diaphragm anda mengawal udara yang keluar-masuk.


2. Biarkan lelangit lembut anda, benda yang ada kat bahagian atas mulut anda kat depan anak tekak tu, (nampak tak?) terbuka semasa anda menyanyi. Macam anda menguap, kan mulut anda terbuka luas. Ini akan membentuk ruang yang luas untuk udara keluar dari tekak anda. Suara anda pun lebih jelas dan lebih bermelodi. Bayangkan anda menguap, kemudian buat latihan supaya anda nyanyi lebih membuka ruang ini.


3. Yang ini cukup senang. Buka mulut anda ketika anda menyanyi. "Jangan kepit", kata kawan saya seorang bekas penyanyi. 


Satu lagi cara adalah anda rakam suara anda ketika menyanyi. anda dapat dengar camna bunyi suara anda. Kemudian pilih part mana yang anda kena improve. Atau anda boleh tekan satu jari anda ke anak telinga (sebelah telinga je) ketika anda menyanyi.
Cukup lah dulu. Tunggu part 3 nanti ye......

Sunday, March 13, 2011

BAGAIMANA NAK IMPROVE NYANYIAN ANDA part 1


BAGAIMANA NAK IMPROVE NYANYIAN ANDA part 1
Adakah anda akan memasuki pertandingan karaoke ditempat anda?atau mungkin anda dah cuba nyanyi lagu karaoke dan anda dapati nyanyian anda akan lebih bagus jika anda dapat improvekan lagi nyanyian anda?
Berita baik! Semua orang boleh nyanyi karaoke seperti seorang penyanyi pro! Apa yang anda perlukan hanyalah kesabaran, latihan dan beberapa perkara asas dan tip untuk menyerlahkan bintang yang terdapat dalam diri anda. 
Pertamanya anda perlu berlatih, berlatih dan berlatih sedikit lagi. Ingat pepatah omputih 'practise makes perfect'. Nyanyilah dimana saja anda berada. Nyanyi semua jenis lagu. Dangdut, jazz, r&b, zapin, rock, ape-ape ajelah.  yang lebih sedap kalau nyanyi kat dalam bilik mandi! Anda akan dapat echo yang baik dan segala kelembapan yang ada diruang udara akan membuatkan suara anda jadi sedap. Onkan radio dan nyanyilah seiring lagu yang anda dengar kemana saja anda memandu. Nak bersihkan rumah atau stor? Nyanyilah apa-apa lagu ketika anda membersih. Nyanyilah ketika anda sedang memasak,membasuh pinggan dsb. Anda akan terperanjat bila mendapati suara anda akan improve dan bunyinya akan lebih matang. 
Satu lagi cara adalah anda perlulah ada set karaoke sendiri kat umah dan berlatih ketika anda sedang membuat kerja-kerja rumah.
Nyanyian anda juga boleh improve jika anda dapat beberapa tip professional. Sebenarnya anda perlulah create satu tempat kat dalam badan anda supaya lagu yang anda nyanyikan akan flow secara semulajadi keluar dari mulut anda. Apa? Camna nak buat? Sebenarnya ada 3 teknik asas. Dengan menggunakan teknik ini akan membuatkan suara anda lebih bertenaga tanpa anda merasa perit nak capai note, anda akan boleh capai note yang lebih banyak, dan anda tak akan kehabisan nafas dengan cepat. Teknik itu adalah.........
tunggu dalam keluaran akan datang....sabo ye

TEKNIK MENYANYI SIRI 2


Berjumpa lagi. kali ini adalah sambungan dari teknik yang terdapat dari cerita yang lepas. Kalau nak baca klik sini. Teknik seterusnya adalah:

Bernafas Guna Diaphragm

Salah satu teknik yang terpenting yang anda boleh belajar adalah dengan bernafas guna diaphragm anda. Ini adalah kawasan yang terletak dibawah tulang rusuk anda. Anda akan rasa ia mengembang untuk mengumpulkan lebih udara bila anda menarik nafas dalam-dalam. Tumpukan perhatian dalam mengembangkan paru-paru, gunakan setiap ruang yang ada bila diaphgarm mengembang. Bila anda menyanyi, jangan paksa udara keluar, tetapi biarkan ia bebas dengan lembut bersama alunan melodi dari suara anda. Ini sebenarnya sukar dilakukan tetapi dengan latihan, anda akan dapati suara anda lebih mantap dan senag dikawal.

Kuatkan Lelangit

Ada satu kawasan disebelah atas didalam mulut anda yang dipanggil lelangit. Anda akan terasa ia terbuka bila anda menguap ke ternganga ke, bila ia terbuka ia akan membuatkan tekak anda juga terbuka. semasa menyanyi pastikan anda buka mulut anda seluas-luasnya dan suara anda akan kedengaran lebih bagus.

Kotak Suara

Anda juga harus berlatih supaya kotak suara anda dapat mengeluarkan nada rendah tapi tak "flat". Anda boleh rasa kotak suara anda kat bahagian tekak. Letakkan jari anda kat situ dan keluarkan suara tanpa meniggikan note.Ini mungkin akan mengambil masa tapi bila anda berjaya mula berlatih nyanyi karaoke tanpa memaksa kotak suara anda.

Relax

Nyanyian karaoke anda akan lebih bagus jika anda dapat relax. Bertenang. Tarik nafas dalam-dalam, bayangkan setiap tekanan keluar dari badan anda. Lembutkan semua otot, satu persatu, dari kaki perlahan-lahan naik ke atas. 
Bila ia dah sampai kat kepala anda akan rasa lebih tenang.

Tahniah! Anda baru saja belajar tips yang akan membuatkan anda dengan lebih baik dari yang sebelumnya.
Amalkan, selamat beramal....





Saturday, March 12, 2011

TEKNIK MENYANYI SIRI 1


Tips: Teknik Menyanyi

Adakah anda mahu nyanyian karaoke anda mendapat perhatian hadirin? Menyanyi karaoke sama saja dengan menyanyi lagu lain. Walaupun anda boleh sampai "key" dan "pitching" tak lari, tapi teknik menyanyi yang betul akan membuatkan anda lain dari yang lain. Janji anda mengikuti langkah demi langkah yang dinyatakan disini. Satu pun jangan tinggal....heheheheheh anda akan lihat hasilnya......sungguh luar dugaan.

'Warm up' kan Suara
Macam gak ahli sukan sebelum berlari kenalah warm up dulu, anda mestilah juga warm upkan suara anda sebelum nyanyi.

1. Tarik nafas dalam-dalam dengan perlahan dan kira sampai 4. tahan nafas dan kira sampai 4 lagi.Kemudian lepaskan perlahan-lahan dengan buat bunyi ssssssssssssssssss hingga anda kira sampai 8. Buat seperti tadi beberapa kali.

2. Tarik nafas dalam-dalam. Bunyikan "aaaaaahhhhh" sehingga kehabisan nafas. Mulakan dengan nada perlahan dan beransur-ansur kuat sehingga habis nafas anda.

3. Alunan. Teknik ini membolehkan anda 'warm up' seluruh range suara anda. Mulakan dengan range yang paling rendah anda boleh capai. Kemudian naiklah sehingga note yang tertinggi anda boleh pegi. Kemudian pegi ke note yang paling rendah semula.

4. Nyanyikan 'do-re-me-fah-so-la-te-do' dari depan ke belakang dan kemudian dari belakang ke depan. 

Cukup dulu buat masa ni, nanti tulis lagi...kalau aku tulis semua nanti aku takde bahan 
lak.....ade lagi tekniknye...korang sabo yer....salammmm.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost