Thursday, December 23, 2010

EQUALIZER……Hz…….dan FADER

Banyak jenis equalizer yang terdapat dipasaran sekarang ini dan yang paling biasa kita lihat yang bentuknya ada grafik, maknanya disebut equalizer grafik atau Grafic Equalizer (dengan izin). Lihatlah gambonya kalau belum kenal.

Fungsi utamanya adalah mengatasi segala masaalah yang bersangkutan dengan frekuensi dan sangat berhubung rapat dengan respon pendengaran kita yang hanya dapat mendengar sekitar 20 Hz hingga 20 kHz.

Untuk itu sebuah equalizer grafik dibuat terdiri daripada beberapa tombol pengatur yang mewakili frekuensi masing-masing. Tombol ini (yang ditolak turun naik tu…)  kita sebut dengan slide control atau band atau dengan kata lain fader.

Kerana masaalah harga dan peruntukan, maknanya syarikat pembuat mengeluarkannya dengan berbagai-bagai jenis, ada yang jumlah fader sebanyak 10, 15 dan ada yang sampai 31 band.
Walaupun berbeza tetapi prinsip kerjanya adalah sama antara 10 dan 31 band.
Kerana sikit bandnya maknanya disetiap fader itu ada beberapa frekuensi yang digabungkan bersama. Penggabungan ini disebut dengan oktaf. Di audio karaoke, jenis equalizer memainkan peranan yang penting dalam membangunkan sebuah karektor audio yang kita inginkan.
Jika anda peka tentang bunyi anda akan perasan ada beberapa dan dimana frekuensi yang hilang ataupun ada juga yang bunyinya terlebih dari sesebuah system audio. Untuk itu kita perlulah menyelaraskan fader-fader itu sehingga mendapat bunyi yang kita inginkan.

Ok setakat ini dulu…..chow bedah.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost