TENTUKAN TEMPAT UNTUK MELETAK SET KARAOKE
Tentukan kat mana nak letak set karaoke ni sebab ini melibatkan susun atur kat dalam rumah supaya sedap dipandang mata.
Disni kita memerlukan rak atau meja untuk meletakkan set karaoke dan usahakan supaya set rak itu dapat melindungi wayar2 yang akan berada dibelakang set supaya tidak kelihatan bersepah.Diusahakan juga supaya rak itu bertingkat supaya susun aturnya nampak rapi. pastikan juga supaya antara satu komponen dengan yang lain supaya set karaoke ini dapat "bernafas".
Letakkan komponen yang paling berat (amplifier) kat bahagian yang bawah sekali dan yang lebih ringan diatas.
PASANG KABEL
Cara memasang kabel ni adalah sama aje kerana ia cuma ada in dan out.
Player - Power Amplifier - Television
Untuk set sederhana ini kita cuma perlu set kabel yang berwarna merah, putih, kuning. Warna sebetulnya tak jadi masalah cuma untuk memudahkan kita kesan kat mana kita sambungkan kabel tu nanti.
1. Untuk menghubungkan antara player ke p. amplifier pakai kabel yang berwarna putih dan merah. Dihubungkan dari output player ke input p.amplifier.
2. untuk menghubungkan antara player dengan tv gunakan kabel yang berwarna kuning. dihubungkan diantara output player ke input AV atau Video tv tersebut.
KABEL MIKROPHONE
untuk kabel mikrofon saya cadangkan pakai dengan panjang kabelnya maksima 7 meter saje jangan sampai 1 km plak.....
untuk wireless mic tak susah sangat kerana kabelnya pendek. yang penting untuk mencocokkan kabelnya kat depan atau kat belakang amplifier. tak kesah la nak cocok depan ke belakang ke semua same je.
KABEL SPEAKER
dihubungkan dari output speaker yang berada kat belakang panel amplifier menuju ke terminal box speakernya. Diusahakan memakai kabel speaker yang berwarna cerah seperti toyosaki atau monster cable atau lain2 brand dengan ukuran minimum 2x80. Jangan pakai kabel yang lebih kecil daripada ini kerana hanya akan membingitkan telinga je. bunyi tak best.
KABEL ELEKTRIK
Kerana banyaknya komponen yang kita gunakan dicadangkan supaya memakai kabel extension yang ada banyal plug. Jangan gunakan extension yang berbentuk T (biasanya 1 input jadi 3 ) kerana boleh berlaku "trip". Sesudah itu bolehlah kita gunakan set karaoke kita. Semoga dapat berkaraoke dengan puas hati.
Sunday, January 16, 2011
PART 2
5:21 PM
Pawang Moden
No comments
0 comments:
Post a Comment