Sekali-sekali aku nak lari dari tajuk biasa. Ini pun penting juga. Kekadang kita dah cuba banyak cara tapi setiap perkara yang kita cuba itu tak menjadi lak. Ape sebabnye ek?
Korang bacalah cerita kat bawah nih....semoga korang dapat ilham. Aku akan siarkan dari masa ke semasa. Harap kita sama-sama dapat faedahnya....INSYAALLAH
JUTAWAN YANG ANDA BELUM KENALI
Buku Ini Adalah Hakcipta Terpelihara
Muhammad Amin Al Farabi ã
Versi digital boleh diedarkan secara bebas oleh anda asalkan
tidak mengubah sebarang isi kandungan buku.
Penafian : Segala panduan adalah melalui pengalaman dan pembacaan penulis, jika ada kesilapan
dan ralat adalah tidak disengajakan. Tanggungjawab pembaca untuk membuat penilaian sendiri.
Prakata
Apa yang anda ‘mesti lakukan’ mesti dilakukan kerana ‘tidak
melakukannya’ jugabermakna anda‘melakukan sesuatu’ iaitu
menghancurkan apa yang mesti andalakukan - Amin Al Farabi
Apabila sahaja anda selesai membaca buku kecil ini, anda akan
mendapat pengetahuan yang tidak keterlaluan saya katakan , satu
pengetahuan baru yang akan menambah keyakinan diri yang
seterusnya mengorak langkah menjadi usahawan ataupun menjadi
insan yang lebih gagah Percayalah !
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian I dan Bahagian
II Bahagian I buku ini memfokuskan kepada persediaan mental dan
pengasahan minda anda untuk menjadi seorang usahawan Di dalam
bahagian ini anda akan belajar mengenali diri anda supaya anda yakin
bahawa diri anda mampu untuk menjadi usahawan yang bermula
daripada rumah Anda pasti terperanjat kerana akhirnya anda tahu dan
yakin bahawa di dalam diri anda sendiri mempunyai kekuatan luarbiasa
yang anda tidak pernah anda gunakan selama ini.
Bahagian II pula akan mengajar apa yang perlu anda lakukan untuk
mengeksploitasikan kekuatan anda yang luarbiasa tersebut untuk
menjadi usahawan daripada rumah Anda akan mempelajari prinsipprinsip
, formula, teknik dan strategi langkah demi langkah bagaimana
anda boleh merealisasikan idea projek anda menjadi realiti.
Anda digalakkan mencetak keseluruhan isi kandungan buku ini
untuk lebih mudah anda baca dan fahami dan pelajari maklumat yang
didedahkan.
Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat buku ini dengan
mengedarkan kepada rakan-rakan lain yang mempunyai minat untuk
mendirikan perniagaan daripada rumah (soho) atau untuk tujuan
motivasi diri.
Anda boleh berhubung dengan penulis di amin_alfarabi@yahoo.com jika
anda berminat untuk bertanya soalan-soalan lanjutan mengenai
motivasi diri dan perihal keusahawan.
Muhammad Amin Al Farabi
Siapakah Jutawan Yang Belum
Anda Kenali?
Saya hanya menunjukkan anda jalan ke pintu rumahnya, andalah yang
mesti membukanya sendiri....
Ada antara anda pasti bertanya kenapa saya bersusah payah
menulis sebuah buku dan memberikannya percuma kepada orang ?
Anda ingin tahu sebabnya ? Ini adalah kerana saya merasa amat
selesa memberikan sesuatu. Inilah rahsia utama yang dinyatakan di
dalam buku “The GreatestMoney-Making Secret in History!” oleh Joe Vitale.
Cuba ingat kembali pernahkah seseorang yang tidak anda kenali
bertanyakan anda jalan menuju ke arah suatu tempat yang anda amat arif
sekali lokasinya? Pernah bukan ? Saya pasti anda dengan rela hati
memberikan maklumat yang sebaik-baiknya agar beliau selamat
sampai yang ingin ditujunya. Bagaimanakah perasaan anda selepas
membantu orang yang tidak anda kenali itu ? Anda merasa amat selesa
bukan ? Begitulah tujuan saya menulis buku ini. Mudah bukan ?
Walaubagaimanapun bagaimana jika orang tersebut meminta anda membawa mereka dengan menggunakan kereta anda ke tempat tersebut,
anda mungkin keberatan sedikit. Atau mungkin terdetik hati anda,
orang ini mengganggu anda. Atau anda mungkin membantu beliau
setelah beliau membayar anda kerana bersusah payah membantu mereka.
Begitulah keadaannya dengan saya. Daripada pengalaman saya selama
lebih tahun sebagai pakar perunding saya dapati bahawa saya
mempunyai pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang boleh saya kongsi
bersama dan ada juga pengetahuan yang terpaksa saya kenakan caj
professional.
Contohnya jika anda memasuki kursus saya, saya tanpa raguragu
mengenakan bayaran kursus yang mungkin berkos hampir RM500
seminggu untuk mengetahui selok belok perniagaan. It’s nothing personal ,
just business. Saya juga menulis dan menjual buku bercetak pada harga
saikologi RM29.90 tentang panduan keusahawan. Tapi itu cerita lain.
Dan saya disini bukannya hendak mempromosikan kursus saya. Oleh
sebab itu saya lebih selesa menggunakan nama pena saya ini.
Namun jangan sekali-kali menganggap mutu maklumat di dalam
buku percuma ini boleh diambil ringan.
Oleh itu jika anda serius dan ingin berjaya di dalam perniagaan di
rumah anda, pertimbangkan sebaik-baiknya apa yang saya
perbincangkan di dalam buku ini. Saya menunjukkan anda arah, dan
kini bergantung kepada anda sahaja samada hendak berlari atau
merangkak ataupun berpatah balik menuju ke tempat yang ingin ANDA TUJU.
Wednesday, February 23, 2011
JEJAK JUTAWAN 1
4:49 PM
Pawang Moden
No comments
0 comments:
Post a Comment