Monday, March 7, 2011

JEJAK JUTAWAN 5


Akal : Anugerah Allah Yang Paling
Tinggi Kepada Manusia


Akal fikiran atau minda adalah anugerah Allah yang paling
berharga menjadikan manusia lebih mulia daripada sekalian makhluk.
Kebiasaannya kita akan memikirkan bahawa akal ialah apabila kita
mengira, membaca, menulis dan sebagainya. Ini dinamakan minda sedar
(conscious mind). Namun terdapat bahagian minda yang sangat penting
tetapi tidak disedari dan digunakan oleh manusia sendiri yang dikenali
dengan minda separa sedar atau Inggerisnya ‘subconscious mind’.
Apakah Minda Separa Sedar dan Kekuatannya?
Sekarang ini, saat ini, jantung anda sedang berdegup, adakah anda yang
memikirkannya untuk mengawal degupannya setiap masa? Segala
perjalanan darah anda, proses tumbesaran anda dan pembaikan luka
anda, adakah anda fikirkannya? Tugas ini amat kompleks dan jika di
andaikan disuruh minda sedar anda untuk memikirkannya, nescaya
anda akan jadi kelam kabut tidak mampu melakukannya. Inilah antara
tugas minda separa sedar anda.
Tapi tunggu, minda separa sedar anda lebih berkuasa daripada itu. Ianya
juga merekod segala pengalaman hidup kita sejak kita lahir lagi. Maksud
segala di sini ialah segala entiti yang wujud ketika itu. Himpunan
pengalaman ini termasuklah memori, imaginasi, perasaan, inspirasi,
kepercayaan dan segala bentuk maklumat yang kita capai melalui
pancaindera kita. Apa yang kita dengar , lihat dan rasa sepanjang hidup
kita sebenarnya tidak pernah hilang dan tersimpan kekal di dalam minda
kita. Himpunan keseluruhan entiti inilah yang membentuk sistem
kepercayaan di dalam diri kita.
Tetapi kenapa saya tidak ingatinya ?
Anda tidak ingatinya kerana anda tidak fokus kepada semua perkara
pada satu-satu masa. Contohnya sekarang, anda sedang lihat
perkataan-perkataan di depan mata anda ini. Fokus anda ialah pada
tulisan ini, namun jika dibelakang anda ada kedengaran kicauan burung
, anda ‘tidak mendengarnya’ kerana anda tidak fokuskannya. Namun
kicauan burung tersebut tetap direkod ke dalam minda separa sedar. Ini
bermakna walaupun semasa kita kecil berusia lima tahun kita seperti
tidak mampu ingat apa-apa, namun sebenarnya ‘subconcious mind’ tetap
merekod apa yang kita dengar, lihat, rasa dan alami waktu itu.
Bayangkan anda mempunyai perakam video yang merakam setiap
bunyian dan visual sejak anda di dalam perut ibu lagi. Apa sahaja yang
anda dengar dan lihat tetap direkod oleh minda separa sedar anda sejak
anda kecil lagi. Ianya tidak pernah terpadam. Jika umur anda sekarang
25 tahun, bolehkah anda bayangkan betapa besarnya kapasiti filem yang
diperlukan untuk merekod segala maklumat sepanjang tempoh itu.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost