Thursday, June 13, 2013

Jowo Tetap Jowo

Pernah dengar lagu Kondangan yang dipopularkan oleh Kumpulan Nur Saadah Sijangkang? Lagu itu kini telah dilakukan muzik arrangement yang baru dan bunyinya lebih clear dan segar. Lagu ini terkandung dalam album baru Oma Scorr yang berjudul "Jowo Tetap Jowo".
Antara lagu lain yang terkandung dalan album ini ialah Tombo Loro (Lagu: Wakron Lirik: Oma/Mohd. Khir), Kepriye (Wakron/Enora), Siti Nairah (Wakron/Oma), Methi Methi (Renggo Arrow/Oma Scorr), Ubi (Wakron/Mohd. Khir/Hidanah), Jowo Tetap Jowo (Zaizam/Damar Wulan), Gor Kuwe Dewe (Zan Hamid/John Sting), Sakbenere (Wan Screen/Redha Warisan/Hidanah) dan Batir (Wakron/Wan Screen/Yuyu Alias). Terdapat 2 lagu bonus iaitu Kondangan Instrumental dan Kondangan Karaoke.
Album ini diterbitkan oleh Warisan Sound Publishing kepunyaan Mohd. Khair Johari. Saya tidak sangka yang album ini menampilkan kelainan dalam lagu jawa. Bila saja sebut lagu jawa anda mungkin terbayang gendang, serunai, gamelan dan sebagainya. Tetapi dalam album ini lagu jawa telah dibawakan dalan rentak raggae, pop, jazz (jazz tu bro).

Untuk dapatkan album ini boleh berhubung dengan Oma Scorr di 012-6547375 dan Pak Su Shukor di 017-6709534

Sunday, June 2, 2013

Rock Brader - Juara Kilauan Emas 3

Mior Yazid b. Ahmad atau lebih dikenali sebagai MIOR telah diumumkan sebagai JUARA Kilauan Emas 3. Mior membawa pulang sebuah kereta Nissan Grand Livina X-Gear dan wang tunai RM50,000. Selain daripada itu, Mior juga memenangi Anugerah Khas Juri bernilai RM5,000. Naib Juara yang membawa pulang RM30,000 telah dimenangi oleh Idris manakala Silah mendapat tempat ketiga membawa pulang RM15,000. Selain itu, Anugerah Khas Personaliti Polident telah diberikan kepada ROS membawa pulang wang tunai RM10,000.

Dalam Konsert Akhir Kilauan Emas 3 ini, kesemua finalis dikehendaki menyampaikan 2 buah lagu. Salah satu daripada tugasan tersebut merupakan lagu baru yang sebahagian besarnya dicipta oleh Sri Wirama Adnan Abu Hassan. Selain itu, pelabagai kejutan diberikan ketika finalis-finalis membuat persembahan mereka seperti rakan-rakan Idris yang terdiri daripada anggota Seri Hulubalang 9 dan anak-anak Mior yang naik ke pentas.

Persembahan-persembahan Konsert Akhir Kilauan Emas 3 telah diiringi oleh pemuzik-pemuzik di bawah bimbingan Juri Tetap Kilauan Emas 3 sendiri iaitu Dato' Hj. Ramli MS. Ini tidak bermakna beliau tidak memberikan komen. Walaupun berada di atas pentas, komen dan ulasan persembahan tetap diberikan oleh beliau sendiri. Juri Jemputan untuk Konsert Akhir Kilauan Emas 3 ini pula adalah penyanyi evergreen, Dato' Shake.

Turut membuat persembahan di malam yang penuh gilang gemilang ini adalah bekas-bekas Juara Kilauan Emas musim pertama dan kedua, juri tetap, Ziana Zain dan penampilan khas Anzalna dan Faizal Hussien menyampaikan anugerah "Overacting" yang dimenangi oleh Alina.

Berikut adalah kedudukan selepas undian SMS ditutup:

1. MIOR - 29.5%
2. IDRIS - 26.4%
3. SILAH - 22.9%
4. ALINA - 21.2%

Tahniah kepada semua pemanang Kilauan Emas 3. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang telah menonton, menyokong dan mengundi peserta-peserta Kilauan Emas 3. Sememangnya Otai Masih Berbisa!

Wednesday, July 4, 2012

Ombak Rindu Akustik


Friday, June 15, 2012

The Proel DM226 Handheld Cardioid Dynamic Microphone


Proel Mikrofon DM226 Handheld Dinamik Cardioid adalah penyelesaian kos efektif tetapi dipercayai untuk general speech, small performances dan mahupun untuk instrument. Mikrofon mempunyai suis on/off corak cardioid kutub untuk penempatan fleksibel dan bunyi minimum dan sambutan frekuensi yang luas untuk detail.

RM100.00

Wednesday, June 13, 2012

Teknik Menyanyi Dengan Betul.


Menyanyi merupakan satu aktiviti yang digemari ramai, bukan sahaja dikalangan anak-anak muda malah ianya juga digemari oleh para belia,pakcik-makcik dan ada juga golongan yangg sudah berumur.

Sejak dari dulu lagi banyak pertandingan pertandingan nyanyian yang dianjurkan, antara yang popular adalah seperti Bintang RTM, Bintang Radio, Bintang Asli, Bintang HMI dsb, dan kini format realiti menguasai pertandingan pertandingan nyanyian seperti Akademi Fantasia(AF), One In A Million, Gangstarz, Mentor dan beberapa lagi. Sambutan terhadap rancangan-rancangan nyanyian berbentuk realiti ini amat memberangsangkan dan stesen stesen televisyen telah mengaut untung yang agak besar hasil dari undian sms dari penonton.

Berdasarkan pada fenomena AF3 dimana Mawi menjuarai AF musim tersebut, sebanyak hampir RM13 juta ringgit telah berjaya dikutip hasil dari undian sms penonton sahaja.

Tidak dinafikan yang penonton kita memang menggemari nyanyian. Pun begitu masih banyak kekurangan pada kualiti penyanyi-penyanyi yang mengambil bahagian, yang bagus boleh dikira dengan jari.

Ini terjadi kerana mungkin pendedahan yang kurang terhadap ilmu nyanyian. Ramai yang boleh menyanyi namun tak ramai yang tahu teknik sebenar cara menyanyi dengan betul.

"Fakta: Semua Orang Boleh Menyanyi"
Ini mungkin mengejutkan ramai orang dan juga menggembirakan ramai orang. Kini dengan sedikit kesungguhan dan disiplin dalam mendalami ilmu nyanyian anda sudah boleh menyanyi. Ini diakui oleh ramai guru-guru vokal diserata dunia

Buat pertama kali di Malaysia seorang bekas penyanyi tanahair hari ini tampil dengan menyediakan satu kompilasi teknik-teknik serta tips-tips nyanyian kepada umum dengan menulis sebuah ebook berjudul Rahsia Vokal. Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Zarul Umbrella, bekas penyanyi kumpulan pop 90an yang pernah popular dengan lagu Ramalan Ku Benar Belaka dan Bukalah Hatimu. Beliau telah membentangkan segala rahsia serta teknik nayanyian yang betul yang pernah diguna pakai oleh beliau sendiri semasa menjadi penyanyi pro suatu ketika dahulu.

Apa yang menarik tentang ebook ini? Mungkin inilah yang anda fikirkan sekarang bukan? Baiklah mari saya terangkan.

Berikut adalah beberapa tips serta teknik nyanyian yang terdapat dalam ebook ini:-

# Bagaimana dengan latihan pernafasan yang betul mampu memberikan anda satu kuasa pernafasan yang hebat ketika menyanyi.
# Bagaimana dengan latihan pernafasan menggunakan teknik “SSSS”, mampu melatih pernafasan bagi pelbagai rentak serta nada lagu.
# Bagaimana untuk melakukan pernafasan ketika menyanyi, jika salah meletakkan nafas, nyanyian mudah menjadi sumbang dan anda mudah termengah.
# Bagaimana mengelak diri dari mengalami kecederaan suara. Jika berlaku anda terpaksa berehat lama sehingga anda pulih. (itu pun jika boleh pulih)
# Bagaimana menggunakan otot-otot yang berkaitan sahaja bagi mengeluarkan suara yang berdaya tinggi tanpa memberi tekanan kepada otot-otot yang yang lain.

...dan banyak lagi tip tip yang menarik untuk dibaca dan dipraktikkan.

Jadi jika anda merupakan peminat karaoke, selalu memasuki pertandingan nyanyian atau mungkin anda bercita cita untuk mengasah bakat anda menjadi superstar ini lah masanya untuk anda mengambil peluang ini sementara ianya dipasaran dengan memiliki ebook unik ini.
Anda boleh melawat laman web ini untuk mendapatkan salinan ebook anda
www.rahsiavokal.com

Wednesday, June 6, 2012

Dee Jay

Untuk tempahan PA System, Karaoke Set, DeeJay, Artis untuk apa jua jenis event/majlis anda boleh berhubung terus dengan DeeJay kami yang berpengalaman. Harga boleh dirundingkan dan amat berpatutan.


DJ : Oma Scorr
Pengkalan : Bukit Changgang, Banting, Selangor.
H/P:
Email: omarscorr@yahoo.com
Facebookhttp://www.facebook.com/profile.php?id=100001677463013&sk=wall






DJ : Pak Su Shukur
Pengkalan : Bukit Changgang, Banting Selangor.
H/P : 017-6709534
Email: paksu_shukur@yahoo.com
Facebookhttp://www.facebook.com/paksu.shukur.9


Wednesday, May 30, 2012

Tahniah Lagenda.

Post kali ini Kasipecah Karaoke ingin memberikan ucapan tahniah untuk Kumpulan Lagenda dari Kg. Bukit Changgang, Banting Selangor (orang kampung aku ni) kerana mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan Batle of The Band sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya.
Dengan diangotai oleh Ayun (penyanyi),  Daud (gitaris), Lan (basis), Ary (keyboard) dan Shah (drummer), diaorang membawakan 2 lagu iaitu Pawana dan Milik Siapakah Gadis Ini yang telah di 'rock' kan.

Lagenda dan hadiah kemenangan mereka






Monday, May 28, 2012

XENXY 302USB


 *Bunyi Ultra-padat dan ultra rendah pengadun analog dengan INTERFACE USB / Audio
* Powered melalui USB atau penyesuai luar
* Built-in stereo USB / Audio Interface untuk sambung terus ke komputer anda
* Percuma audio rakaman, penyuntingan dan Podcasting perisian yang ditambah 150 instrumen / kesan plug-in dan ultra-pemandu kependaman rendah yang boleh dimuat turun
* State-the-art XENYX Mic Preamp setanding untuk stand alone boutique preamps
* Neo-klasik "​​British" 2-band EQ grafik untuk bunyi hangat dan muzik
* 2-Track input Mix diserahhakkan kepada amplifier atau output Utama
* Campurkan Utama campur output Telefon berasingan
* Komponen berkualiti tinggi dan pembinaan yang luar biasa rugged memastikan jangka hayat yang panjang
* Ia direka dan dicipta oleh BEHRINGER Jerman

Perlu mixer yang handy yang anda boleh satukan dengan laptop anda dengan mudah? Atau mungkin anda mahukan mixer kecil yang setanding dengan yang besar? XENYX 302USB sesuai untuk studio rumah kecil atau peminat rakaman. Pada kira-kira 4 "panjang dan 5" lebar (117 x 135 mm), 302USB XENYXmemberi ruang meja anda, di samping menyediakan XLR & 1/4, "kombinasi soket, stereo USB / saluran Line ditambah input yang berdedikasi 2-Track.


Kecil, tetapi berkuasa!
Jangan tertipu oleh saiz kecil 302USB XENYX "permata kecil" ini dimuatkan dengan ciri-ciri yang biasanya dikhaskan untuk mixer yang lebih besar, mixer yang lebih mahal. Sebagai contoh, ia dilengkapi input Mic dengan Preamp mikrofon XENYX yang merupakan legenda untuk kejernihan suara dan ketinggian prestasi tinggi. Ia juga memberikan Mic dan Talian / USB saluran 2-band gaya British EQ (low dan high), dan menyediakan input 2-Track yang boleh dipasang kepadanya sama ada Main Mix  atau Telefon.
Anda juga boleh sambungkan 302USB XENYX dari port USB komputer anda, yang besar untuk menangkap bunyi burung yang terbang, atau untuk posting podcast anda terus ke Web. Pengulas Sukan, wartawan radio dan TV pasti mahukan mixer ini dalam beg mereka. Prestasi sonik yang luar biasa, kecekapan dan nilai ekstrim dalam pakej-kecil itulah XENYX 302USB!




Thursday, May 24, 2012

6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Rakaman Audio Di Rumah - 4/6

Video ini adalah yang keempat dari enam video tutorial percuma. Ia menerangkan proses rakaman multy-tracks dan single track.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost