Terkadang kalau kita guna mic tentu akan berlaku feedback. Kalau tak mau feedback ye jangan nyanyi guna mic. Sebelum saya teruskan saya nak bagitau apa itu feedback dan mengapa ia boleh terjadi.....
Feedback adalah suara yang berasal dari mic dikeluarkan ke loudspeaker lalu masuk semula ke mic dan dikeluarkan semula ke loudspeaker. Kerana kejadian itu berulang2 maka amplifier sebagai penguatsuara akan memberi tindakbalas maka terjadilah feedback.
Macamana ia boleh berlaku?
Sebenarnya banyak sebab yang boleh terjadinya feedback nih....dan banyak berlaku perbezaan pendapat diantara soundman dan sound ing. Tapi berdasarkan pengalaman saya feedback yang terjadi banyak terjadi ditempat2 atau ruang yang lebih kecil seperti dalam bilik atau kat dalam rumah. itu boleh terjadi kerana posisi kita yang menyanyi memegang mic lebih dekat dengan speaker sehingga sangat cepat suara dapat ditangkap oleh mic dan terus ke speaker.
Ini berbeza bila kita nyanyi kat panggung atau kawasan lapang kerana speaker terletak lebih jauh dari kita.
SO camna nak mengatasinya?
Srbelum saya pergi lebih jauh camna nak mengatasi feedback ini dengan menggunakan peralatan seperti EQ, Feedback Destroyer, Compressor Limiter dll ada baiknya kita lihat dulu cara asas untuk mengatasinya.
- pastikan kita nyanyi jauh dari speaker
- biasakan untuk memegang mic tidak mengarah ke speaker
- pakailah mic yang baik tapi tak semestinya mahal
- dekatkan mic ke sumber suara iaitu mulut kita
- matikan mic (off kanlah...) bila tak digunakan
- gunakan level volume mic seimbang dengan volume muziknya
- jangan gunakan penutup kepala mic yang tebal...
0 comments:
Post a Comment