Thursday, March 3, 2011

JEJAK JUTAWAN 4


Percaya dan Yakin Tanpa Batasan :
Senjata Paling Berkuasa Manusia



Percaya dan Keyakinan Tanpa Batasan juga digelar keimanan
kepada orang Islam, namun istilah tersebut selalu dikaitkan dengan
perkara-perkara berkaitan ritual sahaja, seperti rukun iman,
sembahyang, puasa dan sebagainya. Hakikatnya sifat ini perlu wujud di
dalam setiap perbuatan kita setiap hari untuk berjaya.
Namun di dalam membicarakan faktor ini, kita akan kaitkan dengan
segenap lapisan manusia tidak kira Islam ataupun tidak, maka saya
akan gunakan perkataan Kepercayaan dan Keyakinan Tanpa Batasan
yang lebih universal.
Para Rasul dan Nabi yang mempunyai tahap keyakinan yang tidak
terbatas iaitu keimanan kepada Allah, Allah telah memberikan mereka
kuasa mukjizat di mana banyak perkara-perkara yang diluar hukum
alam seperti peristiwa Israj Mikraj oleh Nabi Muhammad, terbelahnya
laut merah oleh hentakan tongkat Nabi Musa dan sebagainya. Rasul dan
Nabi adalah insan terpilih, manusia biasa yang tidak dianugerahkan
keyakinan yang luarbiasa sebegini atas nama Allah SWT mustahil
melakukan perkara-perkara sedemikian. Secara universalnya ramai
orang bukan Islam menggunakan konsep Kepercayaan dan Keyakinan
Tanpa Batasan dan hasilnya mereka berjaya di dalam pelbagai perkara
yang mereka ceburi.
Sebagai contoh Thomas Edison percaya dan yakin tanpa batasan bahawa
tenaga elektrik boleh menghasilkan cahaya lampu mentol. Namun
percaya atau yakin sahaja tidak cukup, beliau mempraktikkan
kepercayaan dan keyakinan beliau pada usaha eksperimen beliau
sebanyak lebih 10,000 kali dan akhirnya berjaya. Jika anda berada di
zaman beliau, anda akan anggap itu perkara gila. Tetapi Thomas Edison
mempercayai dan yakin perkara tersebut boleh berlaku dan akhirnya
anda dan saya dapat merasai manafaatnya.
Bagaimanakah kuasa kepercayaan dan keyakinan tersebut dikatakan
senjata paling merbahaya jika di salahgunakan?
Mari kita lihat satu contoh , seseorang Islam yang mempercayai dengan
penuh keyakinan bahawa tangkal, jampi atau makhluk halus yang
diamalkan boleh memberi kekebalan kepada beliau. Atas dasar
kepercayaan tersebut beliau akan yakin dan menjadi lebih berani dan
mungkin ‘kebal’ kerana mindanya melampaui realiti sebenarnya. Tetapi
malang sekali kerana beliau bersandarkan kepercayaan tersebut kepada
tangkal dan jampi maka hukum ke atas beliau adalah beliau menjadi
syirik dan syirik merupakan dosa yang paling besar dan tidak diterima
taubatnya. Begitulah bahayanya kepercayaan dan keyakinan jika salah
digunakan. Hakikatnya jika wujud sebarang kekebalan atau
keistimewaan berlaku pada dirinya, semuanya adalah kerana mindanya
terlalu yakin dan seterusnya menafaatkan kuasa hebat yang sentiasa
wujud di alam maya yang disediakan oleh Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost