Kalau anda terlepas baca yang part 1 klik kat sini. Hari ni kita sambung ape yang kita nak sambung ari tu, tapi dah buat ke apa yang disarankan kat part 1 dulu?
Ok kita sambung ye....
1. Bernafas menggunakan diaphragm anda. Penuhkan paru-paru anda dengan udara sebanyak yang mungkin. Rasa tak kat kawasan bawah rangka rusuk anda? Itulah diaphragm anda dan anda harus meregangkannya untuk membawa masuk lebih banyak udara. Tarik nafas dengan kiraan 4. Tahan nafas dengan kiraan 4 dan lepaskannya dengan kiraan 8. Kira tu pelan-pelan jangan laju-laju. Buatkan ia sebagai satu warn up sebelum anda menyanyi. Kemudian nyanyi la, biarkan diaphragm anda mengawal udara yang keluar-masuk.
2. Biarkan lelangit lembut anda, benda yang ada kat bahagian atas mulut anda kat depan anak tekak tu, (nampak tak?) terbuka semasa anda menyanyi. Macam anda menguap, kan mulut anda terbuka luas. Ini akan membentuk ruang yang luas untuk udara keluar dari tekak anda. Suara anda pun lebih jelas dan lebih bermelodi. Bayangkan anda menguap, kemudian buat latihan supaya anda nyanyi lebih membuka ruang ini.
3. Yang ini cukup senang. Buka mulut anda ketika anda menyanyi. "Jangan kepit", kata kawan saya seorang bekas penyanyi.
Satu lagi cara adalah anda rakam suara anda ketika menyanyi. anda dapat dengar camna bunyi suara anda. Kemudian pilih part mana yang anda kena improve. Atau anda boleh tekan satu jari anda ke anak telinga (sebelah telinga je) ketika anda menyanyi.
Cukup lah dulu. Tunggu part 3 nanti ye......
0 comments:
Post a Comment