Anda boleh mendengar seolah-olah anda berada ditempat kejadian ketika menonton drama jenayah kegemaran anda. Dari arah sama, dari mana bunyi itu datang dan sebagainya. Anda terasa yang anda berada bersama-sama pelakon. Jantung anda akan berdegup bersama dengan subwoofer (kesan dari surround system). Ia hampir tak terkata bagaimana surround system mempengaruhi pendengaran penonton walaupun anda menonton filem yang paling santai.
Saya akan menjadi orang yang pertama mengakui bahawa saya suka membaca sambil menonton televisyen atau filem dan hanya melihat apabila sesuatu menarik pendengaran saya atau pancaran kilat pada skrin. Ini bermakna bunyi yang benar-benar membuat saya memberi perhatian tentang apa yang sedang berlaku dalam filem yang saya cuma mulanya mendengar saja. Saya telah perhatikan perbezaan yang ketara dalam minat saya tentang filem-filem dan rancangan televisyen sejak memasang home theater dirumah saya.
Jika komputer games adalah minat anda, maka anda akan menyukai apa yang surround system boleh lakukan untuk anda. Ia akan membuat anda seolah berada ditengah-tengah permaianan. Anda boleh mendengar orang jahat, kerana mereka cuba menyelinap dan tahu dari mana mereka datang. Anda boleh mendengar geseran atau mendengar api yang terbakar dalam tong sampah disebelah kiri anda. Anda boleh mendengar starship terbang seolah-olah anda berada bersebelahan dengan mereka ditengah-tengah medan pertempuran. Ia benar-benar ransangan yang menakjubkan kepada realiti dan keseronokan permainan.
Bagi peminat muzik, anda boleh merasakan seolah-olah anda sedang duduk betul-betul dihadapan orkestra atau barisan hadapan pada konsert muzik kegemaran anda. Jika anda mendengar konsert yang dirakam secara live anda akan benar-benar menikmati perasaan ditengah-tengah orang ramai tanpa asap atau gangguan lain yang akan mencacatkan keseronokkan anda. Samada anda peminat video, filem komputer games atau muzik, surround system mempunyai cara untuk membuat setiap orang mengalami pengalaman yang lebih menyeronokkan dalam keselesaan dirumah.
0 comments:
Post a Comment