Mencari satu sistem PA supremely mudah alih? EPA300 baru dari BEHRINGER memasangnya dalam masa kurang dari lima minit dan mengeluarkan bunyi jitu, ketetapan prestasi tinggi. Dengan amplifier kembar 150-Watt dan custom designed, 2-way loudspeaker, EPA300 boleh mengisi bilik bersaiz kecil hingga sederhana atau menonjolkan suara anda untuk jarak yang luar biasa.
Semua aksesori disatukan didalam satu pek mudahalih, mudah untuk membawa dan memasangnya, berita baik, anda tidak perlu untuk menjadi seorang sound engineer untuk mengendalikannya!
Bunyi Berkualiti Yang Superb.
Oleh kerana Behringer sudah menghasilkan banyak audio mixer yang terbaik, maka tidak terkejut jika EPA300 menyediakan bunyi yang lebih hebat berbanding model lain dalam kelasnya. 2 speaker yang direka dengan wofer 8 inci dan 1.35 inci aluminium diaphragm compression drivers untuk ketetapan yang luar biasa dan bunyi yang jelas, anda mungkin tidak menyangka ianya datang dari sistem loudspeaker yang kecil.
Kawalan Freak.....
Channel 1-2 ciri Invisible Mic Preamps (IMP) yang berkualiti tinggi yang telah diuji kerana kejernihannya. Level control disediakan dengan LED, jadi anda boleh tetapkan peringkat isyarat yang sempurna. Ia juga disediakan dengan satu suis Pad apabila anda berdepan dengan tahap 'panas' dari tahap input biasa.
Phantom Power juga tersedia jadi anda boleh menggunakan grade-studio condenser mic.Semua sistem dikendalikan oleh 5 band stereo grafik EQ dan keutamaan FBQ yang akan membantu anda memjejak dan menghapuskan bunyi nyaring mic yang menjengkelkan.
Disamping itu setiap saluran input mempunyai 2 jalur EQ (bass dan treble), Balance (membenarkan anda meletakkan signal dimana saja anda mahu dalam imej stereo) dan Effect level control. Adalah penting untuk diketahui bahwa sementara beberapa pesaing hanya menyediakan satu suis reverb, EPA300 menyediakan tahap kawalan FX, satu saluran dengan 100 state-of-heart 24-bit digital FX untuk pilihan anda. FX boleh off/on melalui mana-mana footswitch standarad. (not included).
Bercakap tentang FX......
Jika anda sedang berucap, mungkin anda tak perlukannya, tetapi jika anda memainkan alat muzik atau/dan menyanyi, anda mungkin ingin menambahkan sedikit effect. Jadi EPA300 tersedia dengan 24-bit stereo FX processor dengan 100 preset bunyi termasuk reverb, chorus, flanger, delay, pitch shifter dan pelbagai variasi effect untuk 'memaniskan' persembahan anda. Atau jika anda ingin menyanyi sambil merakam suara, Voice Canceller boleh membuang semua vokal dari track yang dimainkan semula melalui channel 5/6 dengan satu switch yang mudah.
RM2353.00
0 comments:
Post a Comment