Berjumpa lagi. kali ini adalah sambungan dari teknik yang terdapat dari cerita yang lepas. Kalau nak baca klik sini. Teknik seterusnya adalah:
Bernafas Guna Diaphragm
Salah satu teknik yang terpenting yang anda boleh belajar adalah dengan bernafas guna diaphragm anda. Ini adalah kawasan yang terletak dibawah tulang rusuk anda. Anda akan rasa ia mengembang untuk mengumpulkan lebih udara bila anda menarik nafas dalam-dalam. Tumpukan perhatian dalam mengembangkan paru-paru, gunakan setiap ruang yang ada bila diaphgarm mengembang. Bila anda menyanyi, jangan paksa udara keluar, tetapi biarkan ia bebas dengan lembut bersama alunan melodi dari suara anda. Ini sebenarnya sukar dilakukan tetapi dengan latihan, anda akan dapati suara anda lebih mantap dan senag dikawal.
Kuatkan Lelangit
Ada satu kawasan disebelah atas didalam mulut anda yang dipanggil lelangit. Anda akan terasa ia terbuka bila anda menguap ke ternganga ke, bila ia terbuka ia akan membuatkan tekak anda juga terbuka. semasa menyanyi pastikan anda buka mulut anda seluas-luasnya dan suara anda akan kedengaran lebih bagus.
Ada satu kawasan disebelah atas didalam mulut anda yang dipanggil lelangit. Anda akan terasa ia terbuka bila anda menguap ke ternganga ke, bila ia terbuka ia akan membuatkan tekak anda juga terbuka. semasa menyanyi pastikan anda buka mulut anda seluas-luasnya dan suara anda akan kedengaran lebih bagus.
Kotak Suara
Anda juga harus berlatih supaya kotak suara anda dapat mengeluarkan nada rendah tapi tak "flat". Anda boleh rasa kotak suara anda kat bahagian tekak. Letakkan jari anda kat situ dan keluarkan suara tanpa meniggikan note.Ini mungkin akan mengambil masa tapi bila anda berjaya mula berlatih nyanyi karaoke tanpa memaksa kotak suara anda.
Relax
Nyanyian karaoke anda akan lebih bagus jika anda dapat relax. Bertenang. Tarik nafas dalam-dalam, bayangkan setiap tekanan keluar dari badan anda. Lembutkan semua otot, satu persatu, dari kaki perlahan-lahan naik ke atas.
Bila ia dah sampai kat kepala anda akan rasa lebih tenang.
Tahniah! Anda baru saja belajar tips yang akan membuatkan anda dengan lebih baik dari yang sebelumnya.
Amalkan, selamat beramal....
0 comments:
Post a Comment